UNILIN for smart living
go down

The UNILIN Way

Budaya syarikat yang unik

Semua divisyen UNILIN berkongsi kaedah bekerja yang unik: cara UNILIN. Budaya syarikat kita terbina berdasarkan 4 tonggak yang kukuh iaitu: semangat, keusahawanan, kecemerlangan dan saling menghormati.

Passion

Kita semua berkongsi semangat yang sama pada kerja dan syarikat kita. kita mempunyai semangat untuk merekabentuk produk yang paling menarik bagi pelanggan-pelanggan kita,  menghasilkan kualiti serta menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Kita memperolehi suntikan tenaga daripada inovasi, pemasangan dan mengekalkan teknologi baru melalui pengoptimuman berterusan pada proses dan polisi kita.  Kita mencabar 'status quo' dan melakukan kepelbagaian dengan kekurangan yang ada.

Entrepreneurship

Bekerja untuk UNILIN adalah seperti bekerja untuk firma anda sendiri. Bersama-sama kita membentuk sebuah pasukan usahawan yang didorong oleh kesungguhan untuk berjaya. Bekerja bersama-sama adalah motto kita. Kesemuanya saling bantu-membantu. Pandangan holistik kita terhadap perniagaan membolehkan kita untuk melihat kesan tindakan  secara keseluruhannya pada organisasi. Kita mengekalkan tanggungjawab apabila diamanahkan, merangsang inisiatif serta berbincang dengan menghargai kesemua sumbangan individu. Kita mengambil tindakan yang munasabah, berfikir mengenai risiko dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah. Keputusan kita adalah keutamaan jangka panjang, untuk masa depan. Etika kerja dan semangat keusahawanan adalah dalam diri kita: segalanya tidak mustahil selagi kita bekerja keras berdasarkan pelan pintar serta melabur dalam sumber manusia dan teknologi dengan cara yang dianggap baik akan menghasilkan kejayaan.

Excellence

Kita yakin bahawa kita boleh menempuhi setiap cabaran dengan jayanya. Dengan sepenuh hati dan jiwa  kita berusaha ke arah kesempurnaan, oleh itu kita sentiasa memperbaiki diri  kita dan membincangkan mengenai alternatif. kita menggalakkan amalan yang terbaik. Matlamat utama kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam segala apa yang kita lakukan. kita mahu mempunyai organisasi yang terunggul dan mahu menjadi yang terbaik di setiap pasaran yang kita ceburi. Perlaksanaan dengan pantas, kawalan kos yang agresif dan disiplin merupakan asas yang penting. 

Respect

Sikap hormat bermula dari perasaan saling mengambil berat: kami berhasrat menjadi sebuah syarikat yang bebas dari sebarang kemudaratan dengan menerapkan budaya positif di mana semua orang saling sayang-menyayangi dan keselamatan merupakan sebahagian dari tradisi keutamaan di dalam aktiviti kami.

Kami sedar akan kesannya terhadap alam sekitar dan masyarakat secara keseluruhan, justeru kami sentiasa berusaha untuk mencapai keseimbangan di antara aspek ekonomi, sosial dan ekologi. Kami menghormati semua pihak yang berkepentingan (staf, pelanggan, pembekal, …) dengan mengambil kira nilai dan pendirian pelbagai budaya.

The Happy Workout

Apa yang lebih penting, bekerja di UNILIN adalah menyeronokkan. Selain pelbagai tindakan yang memberikan fokus kepada keselamatan & kesihatan, ergonomik, pembangunan peribadi, organisasi yang telus serta suasana kerja yang selesa, terdapat juga kalendar “The Happy Workout”. Kalendar ini mengumpulkan semua inisiatif yang menyeronokkan untuk meningkatkan semangat di kalangan kakitangan kita.

VIDEO SYARIKAT UNILIN

Kenali UNILIN. Tonton video syarikat.

UNILIN HIDUP

No items available

DENGAN CARA UNILIN

Sebagai majikan, UNILIN berdiri teguh sebagai syarikat yang bersemangat dan inovatif. Pada setiap peringkat, usahawan sebenar merupakan punca kejayaan UNILIN. Budaya syarikat dapat dilihat dari pelaburan dalam teknologi dan modal insan.

Ketahui Cara UNILIN

Top employer België 2018