UNILIN for smart living
go down

Dasar privasi

Dasar Privasi ini bertujuan untuk memaklumkan anda tentang maklumat yang dikumpul oleh UNILIN, sebuah syarikat berdaftar di Ooigemstraat 3, 8710 Wielsbeke, Belgium (‘UNILIN’), melalui tapak web di mana dasar ini ditemukan, mengapa kami mengumpulnya dan bagaimana kami akan menguruskan maklumat yang anda berikan termasuk maklumat yang diperolehi daripada kunjungan anda ke tapak web kami. Penggunaan tapak web ini menandakan anda menerima dasar ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan dasar ini, sila tinggalkan tapak ini.


APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?

Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui dua cara: melalui pendaftaran dan maklumat yang anda berikan atau masukkan ke halaman tertentu pada tapak web; secara automatik, khususnya melalui kuki. Lihat infra untuk maklumat lanjut tentang kuki. Kami mungkin meminta nama pertama dan nama keluarga anda, alamat e-mel, tarikh lahir, umur, alamat, nombor telefon bimbit atau nombor telefon lain serta maklumat peribadi atau cara lain untuk dihubungi. Kami juga mungkin meminta anda memberikan komen, cadangan atau maklumat lain berkenaan tapak web kami, produk atau perkhidmatan kami atau syarikat kami. Jenis-jenis maklumat khusus yang lain mungkin diminta berkaitan permohonan kerja, peraduan, tombola,  tawaran promosi atau aktiviti pemasaran lain, termasuk memuat naik kandungan mesej, gambar, video atau audio.


MENGAPA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI?

Data peribadi anda hanya akan dikumpulkan dan diproses bagi tujuan berikut: penggunaan dan pengurusan Tapak ini secara umum, termasuk menghantar dan menerima mesej; bekalan maklumat tentang ciri-ciri, perkhidmatan dan produk UNILIN; pengumpulan data sebagai sebahagian daripada proses permohonan kerja melalui laman Kerjaya kami. Kami hanya akan memproses data peribadi yang perlu bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.


BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami menggunakan data peribadi yang anda serahkan atau kami kumpulkan: untuk memberi respon terhadap permohonan secara langsung, seperti yang dinyatakan semasa kami mengumpul maklumat anda atau dinyatakan sebelum maklumat anda digunakan; untuk menguruskan penyertaan anda dalam peraduan, tombola, tawaran promosi atau aktiviti pemasaran lain; untuk lebih memahami anda dan pelanggan kami secara umum; bagi tujuan-tujuan perniagaan lain yang sah, termasuk menghantar mel atau maklumat pemasaran lain tentang jenama dan syarikat kami melalui e-mel/surat/SMS (sekiranya anda telah memberikan kebenaran untuk kami berbuat demikian semasa anda mendaftar dengan kami) yang dirasakan mungkin menarik minat anda; untuk memproses permohonan kerja anda. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang diserahkan bersama data-data lain yang diperolehi daripada sumber-sumber lain, termasuk maklumat yang anda serahkan di tempat lain atau melalui cara lain, contohnya melalui salah satu tapak web syarikat yang berkaitan dengan kami.
Maklumat pasif yang dikesan, termasuk melalui kuki, akan digunakan untuk penyesuaian dan peningkatan pengalaman dalam talian anda serta tawaran yang kami berikan dalam tapak web kami, seperti yang dihuraikan di atas. Dalam keadaan selain yang dinyatakan di atas, kami akan sentiasa mengenal pasti tujuan maklumat anda dikumpulkan terlebih dahulu sebelum kami mengumpulkannya atau menggunakannya. Maklumat peribadi anda hanya akan disimpan selama tempoh untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas sahaja atau seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Unilin hanya akan menggunakan butiran peribadi yang diberikan sebagai sebahagian daripada permohonan kerja melalui laman Kerjaya kami, menurut undang-undang tempatan (sosial) dan serantau.


SIAPA YANG BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN KAMI?

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan, tetapi kami mungkin ingin berkongsi maklumat anda dengan pemproses yang melakukan tugas bagi pihak kami, bersama syarikat-syarikat yang berkaitan, termasuk syarikat induk kami dan jenama-jenama UNILIN yang lain, atau dengan rakan kongsi perniagaan seperti pihak ketiga yang menjalankan promosi atau program bersama kami dan mungkin berminat untuk memberi maklumat lanjut tentang jenama mereka. Dalam keadaan-keadaan tertentu, data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pemproses, syarikat-syarikat yang berkaitan atau pihak ketiga yang menjalankan promosi atau program bersama kami di luar Wilayah Ekonomi Eropah, di negara-negara yang tidak menawarkan perlindungan data peribadi yang mencukupi. Dengan ini, anda menerima pemindahan data peribadi anda dalam keadaan tersebut. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda sekiranya kami perlu melakukannya untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, perintah mahkamah atau permohonan dari pihak peguam atau kerajaan, tertakluk kepada penggubalan undang-undang privasi data yang berkenaan. Dalam keadaan yang tidak mungkin berlaku di mana seluruh atau sebahagian syarikat diambil alih oleh pihak ketiga, maklumat anda akan dipindahkan kepada pemilik baharu. Tanpa mengandaikan sebarang obligasi untuk berbuat demikian, kami juga berhak untuk mengumpul dan berkongsi mana-mana maklumat yang dirasakan perlu untuk menyiasat atau mengambil tindakan atas sebarang penipuan yang disyaki, aktiviti haram, kecederaan kepada manusia atau kerosakan pada hartanah, untuk melindungi kami atau salah seorang pengguna atau pengguna-pengguna kami atau keturunannya, atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah bahagian tapak web kami mungkin bersifat interaktif, dan mungkin membenarkan anda untuk memuat naik maklumat yang boleh dilihat oleh pengguna lain. Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda dilihat umum, sila elakkan dari menggunakan bahagian interaktif tersebut.   


APAKAH KUKI YANG KAMI GUNAKAN DAN MENGAPA?

Kuki merupakan fail teks kecil yang diletakkan dalam komputer anda oleh tapak web yang anda layari. Kuki digunakan secara meluas untuk menggerakkan fungsi tapak web, atau menjadikannya lebih efisien termasuk memberi maklumat kepada pemilik tapak web. Tapak web ini menggunakan kuki: untuk meningkatkan dan menyesuaikannya dengan pengalaman anda. Ini termasuklah: menyimpan keutamaan bahasa anda; menyimpan maklumat yang dimasukkan ke dalam borang; mengingati barangan dalam  kart beli-belah anda (jika ada); menganalisis penggunaan Tapak melalui Google Analytics. Sekiranya anda tidak mahu kuki digunakan, sila tinggalkan tapak web ini kerana ia tidak akan berfungsi dengan berkesan tanpa menggunakan kuki. Kebanyakan pelayar web membenarkan kawalan kuki melalui tetapan pelayar. Untuk mengetahui tentang kuki dengan lebih lanjut, termasuk bagaimana untuk melihat tetapan kuki dan bagaimana untuk menguruskan dan memadamkannya, layari www.allaboutcookies.org.


HAK ANDA

Pada bila-bila masa, anda berhak untuk mengakses, membetulkan atau memadamkan sebarang data peribadi berkenaan diri anda, selaras dengan pematuhan undang-undang privasi data yang berkaitan, dengan menghantar mesej kepada kami menggunakan borang yang tersedia atau dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data Unilin melalui privacy@unilin.com. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima sebarang kempen pemasaran secara langsung. Pada bila-bila masa, secara percuma dan tanpa perlu menjelaskannya, anda boleh meminta untuk tidak lagi menerima sebarang bahan promosi.

KESELAMATAN

Kami menggunakan ukuran standard industri bagi melindungi maklumat yang diberikan dalam tapak web ini. Walaupun kami berusaha untuk memastikan keselamatan data peribadi anda semasa menyimpan, menggunakan dan berkongsi maklumat, tidak ada tapak web yang boleh memberi jaminan 100%. Oleh itu, kami dengan ini ingin menggalakkan anda agar mengambil tindakan yang bersesuaian untuk melindungi diri anda termasuk, contohnya, merahsiakan nama pengguna dan kata laluan.


TAPAK WEB PIHAK KETIGA

Pada sesetengah bahagian tapak web ini, kami mungkin akan menyediakan pautan kepada tapak web pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Dasar Privasi ini hanya terpakai di mana ia diterbitkkan dan tidak menjelaskan tentang amalan pengumpulan maklumat tapak-tapak web lain, termasuk tapak web yang dipautkan kepada atau daripada tapak web ini. Pautan-pautan ini disediakan untuk memudahkan anda, namun sila ambil perhatian bahawa kami tidak menjalankan pemeriksaan terhadap pihak ketiga ini mahupun tapak web mereka. Pihak ketiga ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza tentang maklumat yang mungkin anda berikan ketika berada dalam tapak web tersebut. Sila baca dasar privasi bagi setiap tapak web dengan teliti sebelum memberikan maklumat identiti peribadi anda. UNILIN tidak akan bertanggungjawab ke atas kewujudan tapak web pihak ketiga ini (dan seterusnya) serta maklumat-maklumat yang dibekalkan. Hiperpautan ke tapak-tapak web lain ini tidak menandakan bahawa kami bersetuju dengan kandungan tapak-tapak tersebut atau sebarang kerjasama atau hubungan wujud dengan tapak web tersebut.


TARIKH KUAT KUASA DAN PENGUBAHSUAIAN

Kami berhak, mengikut budi bicara kami, untuk menukar, mengubah suai, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dasar ini pada bila-bila masa.  Anda perlu memeriksa halaman ini dengan kerap untuk membaca versi terbaharu dasar. Penggunaan tapak web ini secara berterusan selepas sebarang perubahan berlaku menandakan penerimaan anda terhadap perubahan-perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mengubah penggunaan data peribadi anda secara retroaktif tanpa kebenaran. Dasar ini telah dihasilkan dan berkuat kuasa sejak 11 Januari 2015.


SOALAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan atau soalan tentang dasar ini, atau anda ingin mengemas kini data anda, sila hubungi kami di:
UNILIN
Ooigemstraat 3
8710 Wielsbeke - BELGIUM
Tel. 32 56 67 52 11

Anda juga boleh menghantar e-mel ke: info@unilin.com.

UNILIN HIDUP

No items available

DENGAN CARA UNILIN

Sebagai majikan, UNILIN berdiri teguh sebagai syarikat yang bersemangat dan inovatif. Pada setiap peringkat, usahawan sebenar merupakan punca kejayaan UNILIN. Budaya syarikat dapat dilihat dari pelaburan dalam teknologi dan modal insan.

Ketahui Cara UNILIN

Top employer België 2016