UNILIN for smart living
go down

KAKITANGAN

SIAPAKAH KAKITANGAN DI SEBALIK UNILIN?

Minat, keusahawanan, kecemerlangan dan saling menghormati. 4 nilai ini jelas mencerminkan kakitangan UNILIN. kita berusaha ke arah perubahan dan inovasi. Kita sentiasa mahu melakukan yang terbaik dan kesempurnaan menjadi kebiasaan. Kakitangan kita melambangkan siapa kita yang sebenar. Kenali kita.

Keith Pollet

Pemandu Trak Forklift

"Saya menyertai UNILIN 6 tahun lalu. Saya tidak pernah memandu trak forklift sebelum ini. UNILIN memberikan saya peluang untuk belajar. Saya gemar berkongsi pengalaman supaya kita boleh terus membina pasukan yang kuat."

Melany Nollet

Perunding Kewangan SAP

"UNILIN memberikan kakitangannya pelbagai peluang untuk membangunkan kerjaya. Selepas 5 tahun, saya mendapat peluang untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dengan menggabungkan jawatan semasa dengan kekosongan dalam Pasukan Masterdata SAP. Tidak sabar rasanya."

Kurt Waelkens

Pengurus Pasukan

"Setiap hari adalah berbeza dan tidak boleh dijangka, dengan cabaran-cabaran baharu yang sentiasa muncul. Dengan memastikan kerjasama yang baik dalam jabatan dan dengan rakan sekerja dari jabatan-jabatan lain, kita berjaya mencapai objektif kita."

Sylvie Vanhaelewijn

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan

"Pasukan kita menangani pemprosesan dan pengawasan tempahan, menguruskan pengangkutan dan bertanggungjawab untuk membuat susulan terhadap aduan. Kerja ini sangat menarik dan mencabar. Adalah penting untuk kita memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan profesional."

Budaya korporat unik

Semua divisyen UNILIN berkongsi kaedah bekerja yang unik: cara UNILIN. Budaya syarikat kita terbina berdasarkan 4 tonggak yang kukuh iaitu: semangat, keusahawanan, kecemerlangan dan saling menghormati.

Passion

Kita semua berkongsi semangat yang sama pada kerja dan syarikat kita. kita mempunyai semangat untuk merekabentuk produk yang paling menarik bagi pelanggan-pelanggan kita,  menghasilkan kualiti serta menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Kita memperolehi suntikan tenaga daripada inovasi, pemasangan dan mengekalkan teknologi baru melalui pengoptimuman berterusan pada proses dan polisi kita.  Kita mencabar 'status quo' dan melakukan kepelbagaian dengan kekurangan yang ada.

Entrepreneurship

Bekerja untuk UNILIN adalah seperti bekerja untuk firma anda sendiri. Bersama-sama kita membentuk sebuah pasukan usahawan yang didorong oleh kesungguhan untuk berjaya. Bekerja bersama-sama adalah motto kita. Kesemuanya saling bantu-membantu. Pandangan holistik kita terhadap perniagaan membolehkan kita untuk melihat kesan tindakan  secara keseluruhannya pada organisasi. Kita mengekalkan tanggungjawab apabila diamanahkan, merangsang inisiatif serta berbincang dengan menghargai kesemua sumbangan individu. Kita mengambil tindakan yang munasabah, berfikir mengenai risiko dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah. Keputusan kita adalah keutamaan jangka panjang, untuk masa depan. Etika kerja dan semangat keusahawanan adalah dalam diri kita: segalanya tidak mustahil selagi kita bekerja keras berdasarkan pelan pintar serta melabur dalam sumber manusia dan teknologi dengan cara yang dianggap baik akan menghasilkan kejayaan.

Excellence

Kita yakin bahawa kita boleh menempuhi setiap cabaran dengan jayanya. Dengan sepenuh hati dan jiwa  kita berusaha ke arah kesempurnaan, oleh itu kita sentiasa memperbaiki diri  kita dan membincangkan mengenai alternatif. kita menggalakkan amalan yang terbaik. Matlamat utama kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam segala apa yang kita lakukan. kita mahu mempunyai organisasi yang terunggul dan mahu menjadi yang terbaik di setiap pasaran yang kita ceburi. Perlaksanaan dengan pantas, kawalan kos yang agresif dan disiplin merupakan asas yang penting. 

Respect

Saling menghormati adalah asas polisi kita: menghormati pekerja, pelanggan, pembekal, pemegang saham dan kesemua individu  yang bekerjasama dengan kita, menghormati alam sekitar serta menghormati persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Pekerja dilatih untuk bertindak secara rasional dalam membuat keputusan. Dari masa ke semasa, kita mencari keseimbangan yang sempurna dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar serta menghormati nilai-nilai budaya yang berbeza.

UNILIN HIDUP

No items available

DENGAN CARA UNILIN

Sebagai majikan, UNILIN berdiri teguh sebagai syarikat yang bersemangat dan inovatif. Pada setiap peringkat, usahawan sebenar merupakan punca kejayaan UNILIN. Budaya syarikat dapat dilihat dari pelaburan dalam teknologi dan modal insan.

Ketahui Cara UNILIN

Top employer België 2016