UNILIN for smart living
go down

Inovasi

Wawancara dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bernard Thiers

Cara yang terbaik untuk meramalkan masa depan adalah untuk menciptanya. Ini adalah kata-kata dari Alan Kay, tetapi dapat menjelaskan falsafah UNILIN dengan sempurna. "Sesebuah perniagaan sentiasa mencari cara untuk melakukan yang lebih baik dan lebih berkesan. Anda perlu sentiasa mempersoalkan setiap proses. Cipta semula. Atau anda akan ketinggalan dalam persaingan" kata Bernard Thiers, Ketua Pegawai Eksekutif UNILIN.  Inovasi dan permodenan merupakan penggerak utama sepanjang hidup beliau. Ia juga merupakan pendorong dalam budaya korporat UNILIN.

"Inovasi adalah menjangka keperluan, tidak takut untuk menentang arus."

"Sebagai seorang pemimpin, anda perlu menjangka keperluan. Selain menawarkan kehendak pengguna, anda juga perlu turut menawarkan apa yang mereka perlukan. Anda tidak boleh takut menentang arus. Lihatlah pada sistem klik Unilic kita. Sebenarnya semua orang menginginkan pelekat parkuet yang lebih baik tetapi dengan berfikiran jauh, kita telah merubah keseluruhan industri dengan sebuah produk inovatif. Tiba-tiba semua orang inginkan parkuet yang boleh diklik bersama."

"Tidak kira inovasi anda kecil atau besar, apa yang penting anda melakukan perubahan."

Inovasi dan permodenan adalah sebuah kerja berpasukan. Ia merupakan hasil daripada pertukaran, inspirasi bersama dan idea-idea baharu. Walaupun sudah tentu terdapat kumpulan pemikir persendirian dan beberapa pasukan inovasi, input baharu juga diharapkan daripada para pekerja dan pengurus. "Setiap hari, kita menguji idea yang bernas dan konsep yang menggalakkan. Saya juga melakukannya. Ini kerana tidak kira samada inovasi anda kecil atau besar, apa yang penting anda melakukan perubahan."

"Kebebasan perniagaan baharu. Kuasa sebuah perniagaan multinasional."

Misi dan matlamat UNILIN adalah untuk menjadi peneraju dalam setiap kumpulan produk - dari papan cip kepada MDF, dari insulasi kepada laminasi - dan pada setiap peringkat - dari Pemasaran kepada Jualan, dari Pengeluaran ke Pemasangan. "Inilah sebabnya kita merasakan daya keusahawanan para kakitangan dan jurutera kita adalah sangat penting. Mereka semua merupakan usahawan yang bersemangat untuk bereksperimentasi dengan memiliki kebebasan perniagaan baharu, disokong oleh kuasa sebuah perniagaan multinasional.

"Sekiranya kita perlu mengakui bahawa orang lain berada di hadapan, perlumbaan untuk melakukan lebih baik akan bermula serta merta."

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bernard Thiers, manusia  mudah berpuas hati dengan keadaan semasa. "Inovasi tidak berada selaras dengan perasaan puas hati tersebut. Itulah sebabnya ia sesuatu yang mencabar. Apabila anda mengkaji dan menerima persekitaran, dunia, industri, teknologi dan trend dengan minda dan tangan yang terbuka, kemungkinan baharu akan muncul.  Dan jika kita perlu mengakui bahawa orang lain berada di hadapan, perlumbaan untuk melakukan lebih baik akan bermula serta merta." Bersikap puas hati dengan apa yang ada bukanlah salah satu dari agenda UNILIN.

UNILIN HIDUP

No items available

DENGAN CARA UNILIN

Sebagai majikan, UNILIN berdiri teguh sebagai syarikat yang bersemangat dan inovatif. Pada setiap peringkat, usahawan sebenar merupakan punca kejayaan UNILIN. Budaya syarikat dapat dilihat dari pelaburan dalam teknologi dan modal insan.

Ketahui Cara UNILIN

Top employer België 2016