UNILIN for smart living
go down

Kemampanan

Wawancara dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bernard Thiers

Adakah sebarang perkara yang bersifat hijau, eko dan mampan merupakan sebahagian daripada usaha jualan? Tidak di UNILIN. Kemampanan bukan satu perkataan yang mengikut trend. Ia merupakan satu strategi yang teliti. "Daya pemikiran yang mampan merupakan satu keperluan dalam setiap pautan bagi rantaian syarikat kita. Sekiranya anda mahu melakukan perubahan dalam jangka masa panjang, anda perlu beroperasi secara "hijau" dan mewujudkan ekonomi berputar. Syarikat yang kehabisan sumber akan lambat laun gagal."

"Hari ini 75% daripada papan cip kita berasal dari kayu yang dikitar semula. Ya, saya amat berbangga. 20 tahun lalu, peratusannya adalah sifar."

Perniagaan yang mampan kini sedang berkembang merupakan satu berita baik. Kemampanan merupakan sebahagian daripada DNA UNILIN sejak berdekad yang lampau. Ia lebih dari sekadar pelekat hijau. Ia merupakan keselamatan di tempat kerja, penggunaan tenaga yang rendah, mengurangkan pengeluaran karbon dan impak yang minima terhadap alam sekitar. "Hari ini 75% daripada papan cip kita berasal dari kayu yang dikitar semula dan jumlah kayu kitar semula ini akan bertambah di tahun-tahun akan datang. Ya, saya amat berbangga. 20 tahun lalu, peratusannya adalah sifar."

"Tidak kira seberapa cantik sesebuah produk baharu itu, sekiranya ia tidak mampan, ia akan dibuang."

Teknologi baharu dan teknik kitar semula sentiasa berkembang. Dalam rekaan produk contohnya, kemampanan merupakan faktor penting dalam pemilihan bahan mentah dan kemasan." Sekiranya sesebuah produk baharu tidak boleh dikitar semula, ia akan dibuang, tidak kira seberapa cantik dan berpotensi rekaan tersebut." Ketua Pegawai Eksekutif membuat kenyataan jelas:  sebuah produk UNILIN perlu mempunyai impak yang positif terhadap persekitaran pengguna.

"Kita telah menetapkan beberapa matlamat penting bagi tahun 2020. Sebuah laporan kemampanan tahunan memastikan kita berada pada haluan yang betul."

UNILIN adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang mempunyai melantik CSO, Ketua Pegawai Kemampanan. Beliau menentukan mengenalpasti strategi kemampanan dan menyediakan pelaksanaan yang kukuh. Ini bermakna kemampanan bukan sahaja menjadi tugas beberapa kakitangan yang bersemangat. Ia merupakan sebahagian daripada polisi perniagaan berstruktur yang diterapkan di seluruh syarikat. CSO membuat laporan melapor terus kepada CEO. "Kita telah menetapkan beberapa matlamat penting bagi tahun 2020.  Sebuah laporan kemampanan tahunan memastikan kita kita berada pada haluan yang betul tetapi ia merupakan proses yang panjang. Semua pihak menyedarinya," tambah Bernard Thiers. Beliau menggalakkan UNILIN menuju ke arah masa depan yang mampan dengan kepekaan terhadap ekonomi dan pandangan realistik tentang apa yang boleh dilakukan.

UNILIN HIDUP

No items available

DENGAN CARA UNILIN

Sebagai majikan, UNILIN berdiri teguh sebagai syarikat yang bersemangat dan inovatif. Pada setiap peringkat, usahawan sebenar merupakan punca kejayaan UNILIN. Budaya syarikat dapat dilihat dari pelaburan dalam teknologi dan modal insan.

Ketahui Cara UNILIN

Top employer België 2016